FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Adakah program ini merupakan "scam"?
Sudah tentu tidak. Program ini bukannya scam kerana kami menyediakan produk dan plan yang jelas dan anda 100% sudah memahaminya sebelum menyertai program reseller ini. Scam secara definisinya adalah "penipuan" yang terjadi kepada pengguna setelah membeli produk atau perkhidmatan dari internet. Hal ini biasanya terjadi setelah terlalu banyak "rahsia" yang di war-war kan dalam surat jualan tidak menepati atau langsung tidak membantu pengguna setelah mendapatkan produk. Saya nasihatkan anda merujuk difinisi scam ini dengan saluran undang-undang yang tepat kerana di Malaysia ketika ini terlalu banyak cerdik pandai internet yang menghukum istilah scam ini secara melulu dan mengetepikan soal perundangan. Jadi kalau anda masih belum jelas atau ragu-ragu, rujuk kepada pihak yang tidak ada kepentingan.

2. Adakah perniagaan ini merupakan syarikat MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Cepat Kaya?
Tidak. Perniagaan ini adalah perniagaan jualan yang biasa. Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. Kami menawarkan pakej reseller kepada pembeli kami. Jika anda menaja keuntungan 100% milik anda dan pembayaran terus dibuat ke akaun anda bukan admin.

3. Bagaimanakah untuk mempromosikan program ini?
Untuk mempromosikan program ini ruangan khas dan panduan promosi telah disediakan. Anda boleh mengekses pautan ini jika keahlian anda telah diaktifkan.

4. Siapakah yang mengaktifkan keahlian?
Keahlian ahli baru akan diaktifkan oleh pihak penaja bukannya admin. Sila pastikan anda mengisi borang butiran transaksi bagi membolehkan penaja anda mengaktifkan keahlian anda. Jika keahlian anda masih lagi belum aktif dalam masa 24 jam sila sms atau email penaja anda.

5.Bagaimanakah untuk mendapatkan produk ebook yang disediakan.
Produk boleh terus di download dari laman keahlian anda. Login terlebih dahulu dan klik pada laman download ebook (hanya untuk ahli berbayar). Kami akan cuba untuk senantiasa mengemaskini produk-produk terkini untuk kegunaan anda.

6.Bagaimanakah untuk menyertai program ini?
Mudah sahaja, daftar keahlian sebagai free member dan login serta key in username dan kata laluan anda. Sila buat pembayaran RM10 kepada penaja anda dan isi butiran transaksi. Jika bayaran dibuat mengunakan internet banking sila copy paste maklumat ke dalam ruangan ini. Jika bayaran mengunakan cara bank in. Sila masukan Nama Bank, Tempat dan Jumlah serta Nama Penerima. Anda juga digalakkan menghantar sms kepada penaja anda contoh Ganda10-usernama anda-MBB-RM10- 14/12/09 4.10 pm-penaja anda bagi mempercepatkan pengaktifan keahlian anda.

7. Bagaimanakah penaja ingin mengaktifkan keahlian peserta baru?
Sebagai penaja anda bertangungjawab mengaktifkan keahlian ahli baru yang telah membuat pembayaran kepada anda. Untuk mengaktifkan keahlian ahli baru anda perlu login dan klik di pautan Klik disini untuk semak dan aktifkan. Sila pastikan downline anda mengisi borang transaksi. Sekiranya borang transaksi tidak diisi, maklumat downline untuk diaktifkan tidak dipaparkan. Anda juga boleh menyekat keahlian downline tajaan jika terdapat pemalsuan pembayaran.

8. Bagaimanakah sekiranya saya terlupa kata laluan?
Mudah sahaja anda hanya perlu log-in pada ruangan ahli dan isikan borang pada ruangan "lupa password" dan kata laluan akan dihantar ke alamat email anda.